Clip Art Graphics

Followers

Papa & Mama

Daisypath Anniversary tickers

Baby Mama

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, 8 December 2014

ALLAH KAU SANGAT BAIK... ALHAMDULILLAH.

YA ALLAH... kau sungguh baik... sangat baik dan terlalu baik terhadap ku...
Malu rasanya... terhadap aku yang selalu membuat dosa terhadap mu..
Manakan tidak... rupa2nya aturan Kau sangat cantik terhadap diri aku..
aku yang selalu salah sangka terhadap Mu.. Maafkan aku ya Allah...

Aku bersyukur
Aku bersyukur
Aku bersyukur

Seikhlas-ikhlas hatiku...

Jagalah aku ya Allah.. dari perasaan hasad dengki manusia..
perasaan takbur, sombong diri dan riak...
penuhilah dadaku... dengan sifat2 terpuji.. sebagai mana insan pilihan mu Ya Allah..
supaya aku dapat beramal lebih lagi dan dapat membantu ramai insan lain..

Mudahkanlah segala urusanku... Jauhi aku dari gangguan Syaitan LaknatuLlah Mu....
Biar mereka berkecai bagaikan debuan2 halus dari meresapi kedalam hatiku, jiwaku, dan diriku Ya Allah...

U're the best...

HambaMU...
Pemberianku: Hazwani

Friday, 28 March 2014

CASHMERE SKINCARE KUALA LUMPUR

CASHMERE SKINCARE

*100% produk BUMIPUTERA
*mempunyai kelulusan dari kementerian kesihatan malaysia (KKM)
*ada tanda HALAL

GOLD DOUBLE STEMCELL SERUM

(Serum + Vitamin C + Double Stemcell)

Kelebihannya :

1. Anti-oksidan kuat yang melindungi kulit dari pengaruh negatif luar seperti matahari, perubahan cuaca,asap rokok dll

2. Merangsang pembentukan kolagen kulit yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti-aging & anti-wrinkle)

3. Mencerahkan kulit tanpa kesan sampingan. Dengan Vitamin C kulit lebih cerah secara semulajadi

4. Menyimpan air (water holder) & membuat kulit sentiasa lembab

5. Menghilangkan flek hitam

6. Sifatnya yang merangsang pembentukan kolagen di bawah kulit, Serum Vitamin C Double Stemcell sangat baik dipakai oleh orang yang mempunyai flek sangat tebal di kulit

7. Menyamarkan kerutan, kantung mata dan lingkaran hitam di bawah mata

8. Melambatkan pembentukan garis-garis halus wajah

9. Mencegah luka jerawat & menutupnya rapat

10. Mencegah kesan buruk sinar UV matahari pada kulit

11. Pemakaian secara berterusan akan memperlihatkan kesan ketara kulit wajah SEMAKIN MUDA & BERSERI-SERI!!

CARA PENGGUNAAN :

CASHMERE GOLD DOUBLE STEM CELL SERUM adalah dalam bentuk cecair pekat di dalam botol premium berkapasiti 30 ml.

Sapukan dimuka sehari sekali pada setiap malam sebelum tidur.

Cuci muka anda ketika anda bangun pada keesokan harinya.

Setiap botol boleh digunakan 1-2 bulan bergantung pada penggunaan anda. 


HUBUNGI KAMI DI TALIAN 012-8561089. 
RM 150 FREE POSTAGE..
NAK TAMBAH INCOME N MENYERTAI DROPSHIP JUST PM ME...
Or add My FB : HAZWANI AHMAD II





Thursday, 5 September 2013

CUTI BELAJAR PENJAWAT AWAM



JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 17 ( ) Siri No.
GARIS PANDUAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR KEPADA PEGAWAI AWAM YANG MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN KURSUS JANGKA PANJANG SECARA SEPENUH MASA
TUJUAN
1. Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai dasar pemberian kemudahan cuti belajar kepada pegawai awam bagi mengikuti kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang/secara sepenuh masa sama ada dengan biasiswa, tanpa biasiswa atau dengan tajaan persendirian.
TAFSIRAN
2. Bagi tujuan Garis Panduan ini;
i. “Biasiswa” bermakna kemudahan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Asing atau Badan Antarabangsa bagi membiayai yuran pengajian, elaun sara hidup dan kemudahan-kemudahan lain semasa dalam tempoh berkursus;
ii. “Cuti Belajar” (dalam Perintah Am Bab C 1974 disebut sebagai Cuti Berkursus) bermakna cuti yang diluluskan oleh Kerajaan kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang secara sepenuh masa. Dalam tempoh tersebut, pegawai dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus dan tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja;
2
iii. “Kursus” bermakna sebarang kursus atau latihan berbentuk akademik atau kemahiran atau kepakaran, latihan amali / latihan praktikal, program sangkutan/internship;
iv. “Kursus Jangka Sederhana” bermakna kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi tiga (3) bulan tetapi tidak melebihi dua belas (12) bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik;
v. “Kursus Jangka Panjang” bermakna kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi dua belas bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik;
vi. “Tempoh Cuti Belajar” bermakna suatu tempoh yang diluluskan meliputi:
a. tempoh kursus yang diikuti termasuk hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti akademik yang jatuh dalam masa kursus itu;
b. tempoh perjalanan ke tempat kursus dan perjalanan balik selepas kursus mengikut jalan yang paling dekat; dan/ atau
c. tempoh menunggu di luar negara yang tidak dapat dielakkan kerana urusan perjalanan setempat (Perintah Am 36 Bab C 1974).
3
LATAR BELAKANG
3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 telah menggariskan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Bagi menyokong dasar tersebut, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005 yang merangkumi struktur dan program-program latihan yang lebih sistematik dan komprehensif telah dikeluarkan sebagai garis panduan untuk memastikan supaya anggota awam dilengkapi dengan latihan berasaskan kompetensi dan pembelajaran berterusan.
4. Bagi melengkapkan kedua-dua Dasar dan Pelaksanaan Pelan Latihan Sektor Awam tersebut, Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar ini dikeluarkan sebagai rujukan kepada Kementerian/Jabatan/Agensi dalam menguruskan pemberian cuti belajar kepada pegawai-pegawai yang ingin mengikuti kursus yang melebihi tiga bulan.
KATEGORI CUTI BELAJAR
5. Kemudahan cuti belajar dibahagikan kepada tiga (3) kategori seperti berikut:
i. Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa.
4
ii. Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG)
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut, pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang berkelayakan atas kadar separuh mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa.
iii. Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut, pegawai tidak dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa.
PRINSIP-PRINSIP ASAS
6. Prinsip asas pemberian kemudahan cuti belajar adalah seperti berikut :
i. Kuasa melulus cuti belajar adalah di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) kecuali bagi Kementerian/ Jabatan yang telah diwakilkan kuasa oleh KPPA;
ii. Cuti belajar boleh diberi kepada pegawai yang diluluskan mengikuti kursus atau pengajian yang melebihi tiga (3) bulan. Bagi kursus yang tempohnya tiga (3) bulan atau kurang, kelulusan menghadiri kursus yang diberikan oleh Ketua Jabatan adalah dianggap sebagai cuti menghadiri kursus;
5
iii. Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka sederhana atau kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau luar negara selepas genap dua (2) tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya;
iv. Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan tetapi melebihi 3 bulan di dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka sederhana atau kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau luar negara selepas genap satu (1) tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya;
v. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti pengajian atas pembiayaan Badan Swasta, Badan Bukan Kerajaan, Badan Antarabangsa atau Negara Asing boleh diberi kemudahan cuti belajar mengikut kelayakan masing-masing;
vi. Pegawai yang pernah diluluskan cuti belajar tetapi gagal kerana kelemahan akademik tidak layak diberi kemudahan cuti belajar dari kategori yang sama. Pegawai berkenaan hanya boleh dipertimbangkan kemudahan cuti belajar di bawah kategori yang lebih rendah daripada kategori cuti belajar yang telah diluluskan sebelumnya. Contohnya, pegawai yang diluluskan CBSG tetapi gagal disebabkan oleh kelemahan akademik hanya layak dipertimbangkan CBTG;
vii. Pegawai yang sedang bercuti belajar dan dikenakan tindakan tatatertib / disiplin atau tindakan mahkamah, akan ditamatkan cuti belajar ;
6
viii. Pegawai yang menarik diri tanpa izin/kelulusan daripada mengikuti kursus/pengajian setelah diluluskan cuti belajar tidak layak dipertimbangkan untuk kemudahan cuti belajar seterusnya;
ix. Pegawai yang ingin memohon kemudahan cuti belajar untuk Kursus Jangka Panjang, kursus yang diikuti oleh pegawai mestilah pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah dimiliki;
x. Pegawai dalam Kumpulan Sokongan hanya boleh diberi kemudahan cuti belajar untuk pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan / atau Ijazah Pertama sahaja;
xi. Tempoh cuti belajar tidak boleh diambil kira sebagai tempoh sedang berkhidmat bagi tujuan menyelesaikan tempoh ikatan perjanjian sebelumnya atau tempoh perkhidmatan wajib seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang melainkan dinyatakan sebaliknya; dan
xii. Pegawai yang diluluskan cuti belajar masih tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan lain-lain peraturan yang berkuat kuasa.
7. Kriteria pemberian cuti belajar, kesan terhadap perkhidmatan pegawai dan perkara lain yang berkaitan bagi setiap kategori cuti belajar adalah seperti di Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C.
8. Pegawai yang diluluskan cuti belajar akan dikenakan ikatan kontrak berkhidmat dengan Kerajaan dan sekiranya melanggar syarat-syarat dalam
7
perjanjian akan dikenakan tuntutan ganti rugi sebagaimana dasar yang sedang berkuatkuasa.
9. Bagi pegawai yang tidak dapat menghabiskan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan, pelanjutan cuti belajar boleh dipertimbangkan sekiranya pegawai memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana dasar yang sedang berkuatkuasa.
PERTANYAAN
10. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana Dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa ini, hendaklah dirujuk kepada:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 6, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Perancangan Dan Dasar Latihan)
Telefon : 03-88853677 / 3367 / 3362
Faks : 03-88810742 / 0743
Emel : dasarlatihan@jpa.gov.my
8
LAMPIRAN A
A. CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP)
Prinsip
1. Cuti ini diberikan kepada pegawai untuk mengikuti kursus bagi pembangunan kompetensi dan bukan untuk kemajuan kerjaya di mana kelayakan yang diperolehi tidak melayakkan pegawai dilantik ke kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi.
2. Pegawai layak mendapat kemudahan CBBP maksimum dua kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan bagi mengikuti kursus Jangka Panjang.
Syarat-syarat Pemberian
3. Pegawai perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
i. Berkhidmat secara tetap;
ii. Disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
iii. Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85 peratus bagi tempoh genap tiga (3) tahun kalendar berturut-turut;
iv. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan/ Jabatan (Panel Pembangunan Sumber Manusia), mengikut yang mana berkenaan;
v. Berumur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) (Kursus Jangka Panjang) pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja
9
mengikut mana yang berkenaan (syarat had umur ini tidak terpakai bagi Program Hadiah Latihan Persekutuan);
vi. Berumur tidak melebihi 46 tahun untuk Kursus Jangka Sederhana pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
vii. Telah mendapat tempat di universiti/institusi untuk mengikuti kursus yang diluluskan;
viii. Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;
ix. Telah mengisytiharkan harta; dan
x. Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman/ peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain.
Kategori Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)
4. Kemudahan CBBP dibahagikan kepada tiga (3) kategori seperti berikut:
i. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBPDB);
ii. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Separa Biasiswa (CBBPSB); dan
iii. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB)
Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBPDB)
5. CBBPDB boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang diluluskan mengikuti Kursus Jangka Panjang atau Kursus Jangka Sederhana yang mendapat biasiswa di bawah tajaan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Asing/Badan Antarabangsa. Contoh kursus yang boleh dipertimbangkan
10
CBBPDB ialah kursus Ijazah Lanjutan (Sarjana dan Ph.D) di bawah Hadiah Latihan Persekutuan.
6. Pegawai di bawah tajaan Kerajaan Asing/ Badan Antarabangsa boleh dilanjutkan tempoh CBBP sekiranya diluluskan oleh penaja berkenaan sebagaimana dasar yang sedang berkuatkuasa.
Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Separa Biasiswa (CBBPSB)
7. CBBPSB boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang telah diluluskan CBBPDB (kecuali bagi pegawai di bawah tajaan Kerajaan Asing/ Badan Antarabangsa) tetapi tidak dapat menamatkan kursus atau pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pemberian ini adalah dalam bentuk pelanjutan tempoh cuti belajar yang mana dalam tempoh tersebut hanya yuran pengajian sahaja yang layak diberikan.
8. CBBPSB juga boleh dipertimbangkan kepada pegawai di bawah Spouse Programme sekiranya memenuhi syarat-syarat yang sedang berkuatkuasa.
Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB)
9. CBBPTB boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang telah diluluskan CBBPSB tetapi masih tidak dapat menamatkan kursus atau pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pemberian ini adalah dalam bentuk pelanjutan tempoh cuti belajar.
10. CBBPTB boleh juga dipertimbangkan kepada pegawai yang ingin mengikuti kursus di bawah syarat khas dalam skim perkhidmatan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan atau kursus-kursus
11
Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) seperti Penolong Jururawat atau Jururawat Masyarakat yang mengikuti latihan Jururawat Terlatih.
11. CBBPTB juga boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang ingin mengikuti Kursus Jangka Sederhana atau Kursus Jangka Panjang dengan pembiayaan sendiri tertakluk kepada perkara-perkara di perenggan 2 dan perenggan 3.
Pergerakan Gaji
12. Pegawai yang diluluskan CBBP boleh diberi pergerakan gaji sebenar sepanjang tempoh kursus sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2002.
Kekananan
13. Tempoh CBBP tidak menjejaskan kekananan.
Pemangkuan
14. Pegawai yang sedang memangku apabila diluluskan CBBP yang melebihi 92 hari akan hilang kelayakan pemangkuannya sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1993.
Penilaian Tahap Kecekapan
15. Pegawai boleh dibenarkan menduduki Penilaian Tahap Kecekapan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2002. Pegawai perlu mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing di mana kos-kos berkaitan adalah di bawah tanggungan pegawai dan tidak menjejaskan pengajian.
12
Kenaikan Pangkat
16. Pegawai boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat dalam tempoh mengikuti kursus tersebut sekiranya telah memenuhi syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan.
Bayaran Elaun dan kemudahan
17. Pembayaran elaun dan kemudahan kepada pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa. Bayaran-bayaran yang terlibat adalah seperti di bawah :
i) Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
Pegawai dalam perkhidmatan yang dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dan telah diluluskan CBBP melebihi tiga bulan, tidak layak diberi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal kecuali bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pensyarah Perubatan yang mengikuti kursus Sarjana Perubatan atau Pergigian yang mana berkenaan.
ii) Imbuhan Tetap Perumahan
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) akan diberi kepada pegawai sekiranya hanya diluluskan CBBP. Bagi pegawai yang diluluskan CBBP dengan ditawarkan biasiswa, mereka boleh memilih sama ada untuk menerima Imbuhan Tetap Perumahan atau Elaun Bantuan Sewa Rumah yang disediakan di bawah pakej biasiswa.
iii) Elaun Perumahan Wilayah
Elaun Perumahan Wilayah (EPW) tidak akan diberikan kepada pegawai yang mengikuti kursus melebihi 3 bulan.
13
iv) Elaun Bantuan Sara Hidup dan Bayaran Insentif Wilayah
Pegawai yang menghadiri kursus melebihi tiga (3) bulan di dalam atau di luar negeri adalah TIDAK memenuhi syarat kelayakan untuk dibayar Bayaran Insentif Wilayah (BIW). Oleh yang demikian, ketetapan telah dibuat bahawa:
i) Pegawai yang mengikuti kursus/pengajian melebihi tiga (3) bulan di dalam negara akan dibayar Elaun Bantuan Sara Hidup untuk menggantikan BIW;
ii) pegawai yang berasal dan bertugas di Semenanjung Malaysia yang diluluskan CBBP untuk mengikuti kursus/pengajian di Sabah/Sarawak layak dibayar Bantuan Sara Hidup mengikut lokasi institusi pengajiannya;
iii) pegawai yang berasal dari Sabah/Sarawak dan bertugas di Semenanjung yang diluluskan CBBP untuk mengikuti kursus/pengajian di Semenanjung layak dibayar Bantuan Sara Hidup mengikut lokasi institusi pengajiannya;
iv) pegawai yang berasal dan bertugas di Sabah dan diluluskan CBBP untuk mengikuti kursus/pengajian di Sarawak layak menerima Bantuan Sara Hidup mengikut lokasi institusi pengajiannya; dan
v) pegawai yang berasal dan bertugas di Sabah dan diluluskan CBBP untuk mengikuti kursus/pengajian di Sabah layak menerima Bantuan Sara Hidup mengikut lokasi pengajiannya.
14
Elaun / Imbuhan Lain
18. Pegawai yang diluluskan CBBP layak menerima imbuhan/elaun lain dengan kadar penuh daripada jumlah yang berkelayakan.
Faedah Persaraan
19. Tempoh CBBP boleh di masuk kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan atau faedah terbitan sepertimana diperuntukkan di bawah undang-undang pencen yang berkuatkuasa.
Tempoh Ikatan Kontrak Dan Tuntutan Gantirugi
20. Pegawai yang menerima kemudahan CBBP adalah dikenakan ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau dikenakan tuntutan gantirugi sekiranya melanggar syarat-syarat perjanjian sebagaimana dasar yang sedang berkuatkuasa.
15
LAMPIRAN B
B. CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI (CBSG)
Prinsip
1. Cuti ini diberi kepada pegawai dalam perkhidmatan Kumpulan Sokongan bagi mengikuti kursus di peringkat Sijil / Diploma / Ijazah Pertama di mana kelayakan yang diperolehi akan melayakkan pegawai dilantik ke kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi.
2. Pegawai layak mendapat kemudahan CBSG maksimum dua kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan bagi mengikuti kursus Jangka Panjang.
Syarat-syarat Pemberian
3. Pegawai juga perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
i. Berkhidmat secara tetap;
ii. Disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
iii. Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurang 85 peratus bagi tempoh sekurang-kurangnya genap tiga (3) tahun kalendar berturut-turut;
iv. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan / Jabatan (Panel Pembangunan Sumber Manusia), mengikut yang mana berkenaan;
v. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
vi. Telah mendapat tempat di universiti / institusi untuk mengikuti kursus yang diluluskan;
vii. Mengikuti kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan;
16
viii. Mempunyai keupayaan membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan kursus yang akan diikuti;
ix. Mendapat kelulusan penangguhan bayaran hutang dengan Kerajaan sekiranya ada sebagaimana Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 2005;
x. Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;
xi. Telah mengisytiharkan harta; dan
xii. Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman / peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain.
Pergerakan Gaji
4. Pegawai yang diluluskan CBSG boleh diberi pergerakan gaji secara isyarat tidak lebih daripada tiga kali pergerakan gaji sepanjang tempoh perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.
Kekananan
5. Tempoh CBSG tidak menjejaskan kekananan.
Pemangkuan
6. Pegawai yang sedang memangku apabila diluluskan CBSG yang melebihi 92 hari akan hilang kelayakan pemangkuannya sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1993.
17
Penilaian Tahap Kecekapan
7. Pegawai boleh dibenarkan menduduki Penilaian Tahap Kecekapan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2002. Pegawai perlu mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing di mana kos-kos berkaitan adalah di bawah tanggungan pegawai dan tidak menjejaskan pengajian.
Kenaikan Pangkat
8. Pegawai boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat dalam tempoh mengikuti kursus tersebut sekiranya telah memenuhi syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan.
Bayaran Elaun dan kemudahan
9. Pembayaran elaun dan kemudahan kepada pegawai yang diluluskan CBSG adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa. Bayaran-bayaran yang terlibat adalah seperti di bawah :
i) Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
Pegawai dalam perkhidmatan yang dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dan telah diluluskan CBSG melebihi tiga bulan tidak layak diberi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal.
ii) Imbuhan Tetap Perumahan
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) akan diberi kepada pegawai sekiranya hanya diluluskan CBSG dengan kadar separuh daripada jumlah yang berkelayakan. Bagi pegawai yang diluluskan CBSG dengan ditawarkan biasiswa, mereka boleh memilih sama ada untuk menerima Imbuhan Tetap Perumahan
18
atau Elaun Bantuan Sewa Rumah yang disediakan di bawah pakej biasiswa.
iii) Elaun Perumahan Wilayah
Elaun Perumahan Wilayah (EPW) tidak akan diberikan kepada pegawai yang mengikuti kursus melebihi 3 bulan.
iv) Elaun Bantuan Sara Hidup dan Bayaran Insentif Wilayah
Pegawai yang menghadiri kursus melebihi tiga (3) bulan di dalam atau di luar negeri adalah TIDAK memenuhi syarat kelayakan untuk dibayar Bayaran Insentif Wilayah (BIW). Oleh yang demikian, ketetapan telah dibuat bahawa:
i) Pegawai yang mengikuti kursus/pengajian melebihi tiga (3) bulan di dalam negara akan dibayar Elaun Bantuan Sara Hidup untuk menggantikan BIW;
ii) Pegawai yang berasal dan bertugas di Semenanjung Malaysia yang diluluskan CBSG untuk mengikuti kursus/pengajian di Sabah / Sarawak layak dibayar Bantuan Sara Hidup atas kadar separuh mengikut lokasi institusi pengajiannya;
iii) Pegawai yang berasal dari Sabah / Sarawak dan bertugas di Semenanjung yang diluluskan CBSG untuk mengikuti kursus/pengajian di Semenanjung layak dibayar Bantuan Sara Hidup atas kadar separuh mengikut lokasi institusi pengajiannya;
iv) Pegawai yang berasal dan bertugas di Sabah dan diluluskan CBSG untuk mengikuti kursus/pengajian di
19
Sarawak layak menerima Bantuan Sara Hidup atas kadar separuh mengikut lokasi institusi pengajiannya; dan
v) Pegawai yang berasal dan bertugas di Sarawak dan diluluskan CBSG untuk mengikuti kursus/pengajian di Sabah layak menerima Bantuan Sara Hidup atas kadar separuh mengikut lokasi pengajiannya.
Elaun / Imbuhan Lain
10. Pegawai yang diluluskan CBSG layak menerima imbuhan / elaun lain dengan kadar separuh daripada jumlah yang berkelayakan.
Faedah Persaraan
11. Tempoh CBSG boleh dimasuk kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan atau faedah terbitan sepertimana diperuntukkan di bawah undang-undang pencen yang berkuatkuasa.
Tempoh Ikatan Kontrak Dan Tuntutan Gantirugi
12. Pegawai yang menerima kemudahan CBSG adalah dikenakan ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau dikenakan tuntutan gantirugi sekiranya melanggar syarat-syarat perjanjian sebagaimana dasar yang sedang berkuatkuasa.
20
LAMPIRAN C
C. CUTI BELAJAR TANPA GAJI (CBTG)
Prinsip
1. Cuti ini diberikan kepada pegawai bagi mengikuti kursus di peringkat Pra-Ijazah (Sijil atau Diploma), Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan yang tidak layak dipertimbangkan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh atau Cuti Belajar Separuh Gaji.
2. Pegawai layak mendapat kemudahan CBTG maksimum dua (2) kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan, sama ada kursus di peringkat Sijil / Diploma / Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan. Kelulusan kali kedua boleh dipertimbangkan di peringkat pengajian yang lebih tinggi daripada yang sebelumnya.
Syarat-syarat
3. Pegawai perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti mana berikut:
i. Berkhidmat secara tetap;
ii. Disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
iii. Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurang 85 peratus bagi tempoh sekurang-kurangnya genap dua (2) tahun kalendar berturut-turut;
iv. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan / Jabatan (Panel Pembangunan Sumber Manusia), mengikut yang mana berkenaan;
v. Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama, 46 tahun bagi pengajian di peringkat Sarjana dan 44 tahun bagi pengajian di peringkat
21
Ph.D pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
vi. Telah mendapat tempat di universiti / institusi pengajian;
vii. Mengikuti kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan;
viii. Mempunyai keupayaan membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan kursus yang akan diikuti;
ix. Mendapat kelulusan penangguhan bayaran hutang dengan Kerajaan sekiranya ada sebagaimana Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 2005;
x. Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;
xi. Telah mengisytiharkan harta; dan
xii. Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman / peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain.
Pergerakan Gaji
4. Pegawai yang diluluskan CBTG boleh diberi pergerakan gaji secara isyarat tidak lebih daripada tiga kali pergerakan gaji sepanjang tempoh perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.
Kekananan
5. Tempoh CBTG layak diambil kira untuk kekananan.
Pemangkuan
6. Pegawai yang sedang memangku apabila diluluskan CBTG yang melebihi 92 hari akan hilang kelayakan pemangkuannya sebagaimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1993.
22
Penilaian Tahap Kecekapan
7. Pegawai boleh dibenarkan menduduki Penilaian Tahap Kecekapan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2002. Pegawai perlu mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing di mana kos-kos berkaitan adalah di bawah tanggungan pegawai dan tidak menjejaskan pengajian.
Kenaikan Pangkat
8. Pegawai boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat dalam tempoh mengikuti kursus tersebut sekiranya telah memenuhi syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan.
Bayaran Elaun dan Kemudahan
9. Pegawai yang diluluskan CBTG tidak layak menerima sebarang gaji, Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Imbuhan Tetap Perumahan, Elaun Perumahan Wilayah dan elaun-elaun lain mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
Faedah Persaraan
10. Tempoh CBTG boleh di masuk kira untuk tujuan pengiraan faedah persaraan atau faedah terbitan sepertimana diperuntukkan di bawah undang-undang pencen tertakluk kepada syarat memenuhi semua kriteria sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1998.
23
Tempoh Ikatan Kontrak Dan Tuntutan Gantirugi
11. Pegawai yang menerima kemudahan CBTG adalah dikenakan ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau dikenakan tuntutan gantirugi sekiranya melanggar syarat-syarat perjanjian sebagaimana dasar yang sedang berkuatkuasa.

Tuesday, 4 June 2013

Sia-Sia

Penat aku menghabiskan waktu berjam-jam hari ni.. untuk mengedit  tulisan blog ini.. tapi masih tidak berhasil dan berubah... Aku terasa design blog ini terlalu semak dan croded.. sakit mata memandangnya..
 

Monday, 3 June 2013

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KETIGA



Raya Pertama Tahfiz 2012.. Warna Kuning DiRaja
Assalamualikum semua...
Sedar tak sedar... dunia blogging aku telah semakin aku lupakan..
Leka dengan gadjet2 mudah alih masa kini yang semakin banyak applikasi yang melekakan.. like WatsAps, Viber, Wechat dan Pelbagai....
Kini aku telah selamat bersalinkan anakku yang pertama pada 1 APRIL 2012 yang lalu secara normal.
Kini usianya telah menjangkau 1Tahun 2 Bulan...

Berubah betul gambar kesayangan hati aku dari masa ke semasa....
Terlalu banyak antara suka duka dan keperitan yang kami lalui dalam tempoh ini...
Berat  semasa lahir hanyalah 2.72kg sahaja. Lahir di Hospital  Kuala Pilah Negeri Sembilan, semoga Tahfiz membesar sebagai anak yang baik dan elok budi pekertinya.

Nama Anakku ini diberi nama Baby Muhammad Aqil Tahfiz Bin Hasman . Lahir pada 1 April 2012
Seperti Bayi lain, Tahfiz jua tidak terlepas daripada terkena demam kuning. Kandungan Bilirubin dalam darah tahfiz tinggi. Sedih sangat hati masa ni.. sebb terpaksa melihat tahfiz diambil darah dibahagian kaki untuk megetahui nilai bacaan bilirubin beliau. Pemeriksaan dilakukan di Klinik Palong 4. Hari2 Nurse datang kerumah dan berpesan jangan dijemur atau di mandikan dengan herba Cina. tapi suamiku tetap juga meletakkan Tahfiz di bahagian beranda rumah yang berbumbung untuk mendapatkan cahaya matahari bawah jam 11 pagi.
Nurse senantiasa datang kerumah sehingga aku rimas. ada second time tu aku siap sign buku refuse tuk tak mahu tahfiz diambil darah di bahagian kaki. sebbnya hati aku sentap sangat yg agak kasar mencucuk tahfiz. kesian kakinya lebam2. Jadi segala risiko atas tindakan aku. Tapi petang sabtu itu.. nurse tetap datang kerumah menyuruh ke klinik Palong 4 . Jadi aku aku akur..Tahfiz di letakkan dibawah sinar biru untuk seketika. Kemudian tak mahu dan meraung2 tidak selesa.

Sepanjang tempoh berpantang, terlihat sungguh perasaan kasih sayang suami aku, yang agak jarang mempamerkan kasih sayangnya. Namun dia lebih lembut dan santun membelai Tahfiz berbanding aku... dialah yang membuat segala-galanya tentang Tahfiz dari memandikan kan Tahfiz seusia 2 hari sehinggalah membuang najis dan kencing Tahfiz. termasuklah membekungkan daban gedempol  aku... Hehehehe 





Tahfiz menjerit kesakitan seusia 2 hari. Apalah mereka tahu erti kesakitan itu...





Ini 1st Time Tahfiz pandai tersenyum dan melirik manja... Pada awal kelahiran, kulit baby Tahfiz agak gelap sebb aku terlalu awal memakan jamu Nona Roguy. Kemudian apabila aku stop.. kulitnya semakin hari , semakin cerah dan cantik. Kini kulitnya lebih cantik dan bersih daripada aku.

Tembamkan Tahfiz masa ni... Ini merupakan seluar jean yang pertama buat Muahammas Aqil Tahfiz. dan kemejanya.. Tapi sayang belum sempat majlis Akikah dan berendoi untuknya bermula, Tahfiz dah termuntah di baju kamejanya ini.. So sweetlah sayang... 


Ini merupakan Kambing akikah untuk Tahfiz, yang sihat, tegap dan tiada cacat celanya.


Baby Tahfiz yang montel berusia 3 bulan . Hanya susu badan sepenuhnya. Masa ini aku dah pulang ke Sarawak untuk menyambung kembali pengajian yang tertunda. Masa ni Mama senantiasa merindui Tahfiz. Sangat hebat sangat dugaan perasaan ketika ini. Mujur mama kuat dan boleh menang dalam keadaan yang merumitkan..



Pertama kali Tahfiz pandai mengiring  . Tahfiz anak yang gigih dan rajin berusaha untuk mengiring.



Otwy  nak ke Segamat tengok kawan papa wedding lalu bawah pedang. Teruja sangat Tahfiz time tu


Pertama Kali Tahfiz Mengunting rambut. die tidak menangis dan takut. tahfiz anak yang berani. <3 Di Melaka Masjid Tanah.
Tahfiz suka makan kentang Putar KFC. Di KFC  Gemas.

Sekarang.... Tahfiz semakin besar dan handsome bergaya. Sekarang Tahfiz dah ada bantal busuk dan berjalan terkedek-kedek.. Mama Sayang sangat dengan Tahfiz sayang...



Monday, 13 February 2012

Tanda-Tanda Bersalin

Tanda-tanda bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 

 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. 
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Wednesday, 8 February 2012

Hilang Tekanan.

Alhamdulillah. Hari ni aku dapat berita gembira daripada kak Kursiah Hq Seremban yang menyatakan permohonan pertukaran tempat melapor diri aku dari Pejabat Pertanian Tampin ke Pusat Pertanian Asahan telah diluluskan oleh Pengarah Pertanian Negeri Sembilan. Terima Kasih  Tuan Pengarah kerana menjaga kebajikan anak2 buah tuan. Surat tersebut akan berkuat kuasa pada 15hb ni. Bermakna usia kandungan aku sudah 31 minggu. Sekurang2nya kuranglah sikit sakit pinggang aku  berulang -alik dari Gemas ke Tampin. Kuranglah sikit duit minyak aku berulang alik yang perlu dibiayai oleh En hubby aku. RM 500 sebulan hanya untuk duit minyak sahaja. Belum Lagi untuk duit makan dan belanja harian . Kesian kat hubby aku. 
Aku selalu tanya soalan bodoh kat hubby aku " Kenapa orang suka dengki dan bahagia melihat kesusahan orang lain?"
Jawabnya begitu mudah " Tak da sebab untuk orang yang dengki perlu mendengki". Itulah sifat mereka. dan katanya lagi... Jangan menyempitkan fikiran untuk memikirkan hal2 yang remeh -temeh dan menyesakkan fikiran sendiri. cukup untuk berfikiran positif dan apa yang terbaik untuk diri Sendiri.
Senangkan? Tapi bila nak melakukannya memang susah.

Tapi inilah salah satu  yang dinamakan  Cabaran dan dugaan dalam kehidupan . Asam garam kehidupan. Pasti hatinya bertambah sakit bila aku dapat ditempat di Pusat Pertanian Asahan. Biarlah hatinya menjadi barah dengan penyakitnya... hu..hu
hakmilik kekal Mama Hazwani