Clip Art Graphics

Followers

Papa & Mama

Daisypath Anniversary tickers

Baby Mama

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday 8 February 2012

Hilang Tekanan.

Alhamdulillah. Hari ni aku dapat berita gembira daripada kak Kursiah Hq Seremban yang menyatakan permohonan pertukaran tempat melapor diri aku dari Pejabat Pertanian Tampin ke Pusat Pertanian Asahan telah diluluskan oleh Pengarah Pertanian Negeri Sembilan. Terima Kasih  Tuan Pengarah kerana menjaga kebajikan anak2 buah tuan. Surat tersebut akan berkuat kuasa pada 15hb ni. Bermakna usia kandungan aku sudah 31 minggu. Sekurang2nya kuranglah sikit sakit pinggang aku  berulang -alik dari Gemas ke Tampin. Kuranglah sikit duit minyak aku berulang alik yang perlu dibiayai oleh En hubby aku. RM 500 sebulan hanya untuk duit minyak sahaja. Belum Lagi untuk duit makan dan belanja harian . Kesian kat hubby aku. 
Aku selalu tanya soalan bodoh kat hubby aku " Kenapa orang suka dengki dan bahagia melihat kesusahan orang lain?"
Jawabnya begitu mudah " Tak da sebab untuk orang yang dengki perlu mendengki". Itulah sifat mereka. dan katanya lagi... Jangan menyempitkan fikiran untuk memikirkan hal2 yang remeh -temeh dan menyesakkan fikiran sendiri. cukup untuk berfikiran positif dan apa yang terbaik untuk diri Sendiri.
Senangkan? Tapi bila nak melakukannya memang susah.

Tapi inilah salah satu  yang dinamakan  Cabaran dan dugaan dalam kehidupan . Asam garam kehidupan. Pasti hatinya bertambah sakit bila aku dapat ditempat di Pusat Pertanian Asahan. Biarlah hatinya menjadi barah dengan penyakitnya... hu..hu

2 comments:

  1. assalam wani..orang tidak akan berubah..kita ubah lah diri kita.itu kata2 en.asmadi..masa mula2 acik rasakan tekanan bila ada yang mendengki masa diopis sekarang..Alhamdulillah..acik boleh relax..walaupun orang itu bertambah sakit jiwanya.
    wani sabar ye..insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Acik, itulah.. kadng2 wani tak faham dengan perangai manusia yang iri hati ni... suka sangat menyekat rezeki orang lain. menyusahkan urusan orang lain dan sebagainya. Sedangkan kita tak berbuat apa2 yang menyusahkan dirinya pon... susahkan.. mungkin Acik kenal sangat dengan perangai orang lama tu.. Cik pah... he..he.. Sehinggakan kita dapat panggilan interview, bukannya dibagi galakan malah dikatanya kita " Perasan, ada hati nak naik pangkat, servis pon tak cukup lagi".... Entahlah...

      Delete

hakmilik kekal Mama Hazwani