Clip Art Graphics

Followers

Papa & Mama

Daisypath Anniversary tickers

Baby Mama

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday 13 February 2012

Tanda-Tanda Bersalin

Tanda-tanda bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 

 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. 
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Wednesday 8 February 2012

Hilang Tekanan.

Alhamdulillah. Hari ni aku dapat berita gembira daripada kak Kursiah Hq Seremban yang menyatakan permohonan pertukaran tempat melapor diri aku dari Pejabat Pertanian Tampin ke Pusat Pertanian Asahan telah diluluskan oleh Pengarah Pertanian Negeri Sembilan. Terima Kasih  Tuan Pengarah kerana menjaga kebajikan anak2 buah tuan. Surat tersebut akan berkuat kuasa pada 15hb ni. Bermakna usia kandungan aku sudah 31 minggu. Sekurang2nya kuranglah sikit sakit pinggang aku  berulang -alik dari Gemas ke Tampin. Kuranglah sikit duit minyak aku berulang alik yang perlu dibiayai oleh En hubby aku. RM 500 sebulan hanya untuk duit minyak sahaja. Belum Lagi untuk duit makan dan belanja harian . Kesian kat hubby aku. 
Aku selalu tanya soalan bodoh kat hubby aku " Kenapa orang suka dengki dan bahagia melihat kesusahan orang lain?"
Jawabnya begitu mudah " Tak da sebab untuk orang yang dengki perlu mendengki". Itulah sifat mereka. dan katanya lagi... Jangan menyempitkan fikiran untuk memikirkan hal2 yang remeh -temeh dan menyesakkan fikiran sendiri. cukup untuk berfikiran positif dan apa yang terbaik untuk diri Sendiri.
Senangkan? Tapi bila nak melakukannya memang susah.

Tapi inilah salah satu  yang dinamakan  Cabaran dan dugaan dalam kehidupan . Asam garam kehidupan. Pasti hatinya bertambah sakit bila aku dapat ditempat di Pusat Pertanian Asahan. Biarlah hatinya menjadi barah dengan penyakitnya... hu..hu

Sunday 5 February 2012

Maksud Kelahiran Pra Matang

Terasa teringin nak baby cepat keluar, tapi boleh ke? ada ke risiko nya ? dah matang ke baby kita nak tengok dunia luar ni? Jom Chek...

Kelahiran pra-matang ialah kelahiran yang berlaku sebelum kandungan berusia 37 minggu. Ia boleh berlaku secara spontan atau kerana di ‘induced’ disebabkan oleh komplikasi kehamilan.

Sebab-Sebab Kelahiran Pra-Matang

  • Uri yang tidak normal
  • Masalah pangkal rahim yang longgar
  • Jangkitan kuman pada sistem peranakkan
  • Masalah perubatan pada ibu seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya
  • Masalah pada bayi dalam kandungan

Risiko

Terdapat banyak faktor boleh menjurus kepada kelahiran pra-matang. Sesetengah dapat diatasi oleh anda sendiri seperti:
  • Merokok
  • Minum alkohol
  • Menagih dadah
  • Badan terlalu kurus
  • Kekurangan zat makanan yang keterlaluan
Menghindari faktor diatas akan memberi peluang untuk kandungan anda menjadi matang (38-42 miggu) . Risiko-risiko lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah:
  • Gusi berkuman
  • Jangkitan kuman
  • Hormon tak seimbang
  • Pangkal rahim yang longgar( cervicle incompetence)
  • Rahim terlalu sensitif
  • Uri berkedudukan bawah (Placenta Praevia)
  • Masalah perubatan seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan sebagainya
  • Tekanan emosi yang keterlaluan
  • Umur dibawah 17 tahun
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Fibroid
  • Kandungan kembar
  • Bayi yang tidak normal
  • Sejarah kelahiran pra-matang sebelumnya

Tanda-Tanda Kelahiran Pra-Matang

Kelahiran Pra-matang merupakan komplikasi yang sangat serius. Tetapi ramai wanita tidak memahami tanda-tanda awal kelahiran ini. Sekiranya dapat dikesan lebih awal, mungkin ia akan dapat dicegah dan memberikan bayi anda peluang hidup yang besar. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti dibawah, berjumpalah dengan doktor dengan seberapa segera.
  • Keluar cecair dari faraj terutama bila ia secara tiba-tiba dan banyak
  • Pendarahan kecil atau keluar darah bercampur lendir dari faraj
  • Sakit perut seperti senggugut atau mengalami 5 kontraksi dalam masa satu jam
  • Rasa tekanan dan berat pada pelvis
  • Sakit belakang
  • Bengkak pada muka dan mata
  • Pedih semasa kencing
  • Muntah

Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Kelahiran Pra-Matang

  • Hindari dari jangkitan kuman seperti kencing kotor atau jangkitan faraj-amalkan penjagaan faraj yang optimal.
  • Amalkan penjagaan dental yang baik-berjumpalah dengan doktor gigi sekiranya ada masalah terutama sebelum merancang untuk hamil.
  • Jangan merokok, minum alkohol dan ubatan yang tidak disarankan oleh doktor
  • Cegah dehydrasi dengan meminum air 8 gelas sehari.

Rawatan

  • Rehat sepenuhnya samada dihospital atau dirumah
  • Hindari dari hubungan seks
  • Ubatan seperti ventolin mungkin akan digunakan untuk menghentikan kontraksi dan mengurang kecutan pada rahim.
  • Suntikan Dexamethasone untuk matangkan paru-paru bayi
  • Antibiotik sekiranya anda mengalami sebarang jangkitan
  •  
  • TQ To Blog owner :-Alam Hamil

Saturday 4 February 2012

Mengidam Pakai Baju Sarawak

Apakah Itu mengidam... dalam kata Lain mengidam merupakan satu naluri keinginan kita untuk mendapatkannya.. Tapi biasanya orang mengidam yang pelik2 contoh nak makan benda2 yamg jarang ada seperti kawan aku nak makan kari kambing yang dah di masak 3 hari lalu. mana nak Carik??? pusing satu KL last2 suami dier jumpe dekat kedai mamak. ha..ha... kan dah kantoi rahsia kesedapan kari kambing kedai mamak tu.. dah masak lama tapi di panas -panas kan ajer. Macam aku pulak...

Aku pregnt time nunnnn jauh di sana ( Sarawak ) ... Time tu mana lah aku tahu aku mengandung... Tapi aku teringin sangat nak pakai Baju kebudayaan Sarwak tu.. Nak Cakap malu.. last2 ada malam kebudayaan kat UPM . Tapi aku tak masuk pon. Aku jadik Tukang andam saja penari2 tu.. Jeng2 ada sepasang baju lebih... aku pon apa lagi. MELARAM lah dalam bilik sorang2 ... pastu aku panggil jiran sebelah bilik tolong tangkapkan gambar. Time ni perut aku dah 2 bulan dah... Cecuba tengok kat bahagian perut tu , Tak muat... Sakit aku nahan nafas...

haha..ha...

Tapi nak tahu jugak makna ngidamkan :-

Apakah maksud mengidam?
Pakar nutrisi percaya yang mengidam merupakan petunjuk bahawa badan kekurangan zat-zat makanan tertentu. Sebagai contoh, jika makanan yang anda mengidam ialah ais atau sebarang benda yang bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan.

Pakar herba percaya yang kekurangan mineral magnesium dalam badan akan menimbulkan keinginan untuk makan coklat. Sebagai alternatif, anda boleh mengambil makanan yang tinggi magnesium seperti bijirin, kekacang dan sayur-sayuran hijau. Terdapat juga wanita mengidam yang memerlukan lemak penting dalam badan seperti omega-3. Apabila wanita-wanita ini mengambil minyak ikan, mengidam hilang secara beransur-ansur.
Mengidam untuk makan daging memberikan petunjuk bahawa badan memerlukan protein. Dalam sesetengah kes, terdapat ibu mengandung yang makan dengan banyak buah-buahan seperti pic dan lobak merah dimana ini merupakan reaksi badannya yang memerlukan beta-karotin.

Seorang penyelidik pula memberikan pendapat berbeza. Menurutnya, kajian menunjukkan tiada saling kaitan antara makanan yang diidamkan oleh ibu mengandung dengan keperluan badannya. Buat masa ini, tiada data saintifik yang menyokong mengidam berkait dengan keperluan ibu atau bayi. Tiada juga data yang menerangkan mengidam membawa akibat buruk.

Perlukan anda memenuhi rasa mengidam?
Pakar kesihatan bersetuju supaya ibu mengandung memberikan perhatian kepada apa yang diidamkannya. Makanan yang berkhasiat perlu diutamakan kerana ia memenuhi keperluan nutrisi dan membantu membentuk emosi yang baik.
Walaubagaimanapun, jika makanan yang anda mengidam kurang berkhasiat, jangan diabaikan makanan tersebut. Sebagai contoh, jika anda mengidam ais krim, jangan gantikan dengan yogurt yang lebih berkhasiat. Sebaliknya, anda boleh memakan ais krim dalam kuantiti yang SEDIKIT untuk memenuhi mengidam tersebut.
Cara lain untuk mengatasi mengidam yang tidak sihat ialah dengan memastikan anda makan sarapan pagi setiap hari kerana meninggalkan sarapan akan menjadikan mengidam semakin teruk. Selain itu, banyakkan bersenam dan dapatkan sokongan emosi dari yang tersayang. Faktor yang terakhir adalah amat penting kerana pergolakan emosi sewaktu mengandung akan menyebabkan anda mengalih perhatian yang lebih kepada makanan, sedangkan, apa yang anda benar-benar perlukan hanyalah pelukan sayang dari orang tercinta. Ada juga yang menjadikan alasan mengidam untuk membuktikan kasih sayang suami yang bersusah payah mencari makanan walaupun di waktu pepagi buta (kesian cik abang tu…).

Apakah penyebab mengidam benda yang bukan makanan semasa mengandung?
Tiada siapa yang pasti dengan situasi ini. Fenomena ini dinamakan pika. Dalam sesetengah kajian, situasi mengidam yang pelik ini dikaitkan dengan kekurangan zat besi. Jika anda termasuk dalam kategori ini, tidak bermakna anda mengalami kekurangan zat besi atau anda harus memenuhi kehendak luar biasa ini. Memakan benda yang bukan makanan akan mengganggu keupayaan badan anda menyerap nutrien yang mungkin menyebabkan kekurangan zat. Tambahan lagi, ia boleh menyebabkan keracunan atau sembelit atau dalam sesetengah kes, kematian.
Jika anda mengidam sesuatu yang bukan makanan, sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.

Friday 3 February 2012

Salam Pagi Sabtu...

Asalamualikum... kepada diri dan jasadku... semoga berbahagialah hendaknya pada hari ni... hari ni.. Tak da apa2 perancangan cuma hendak servis kereta dan balik kampung tengok anak jiran kawin ...

Hari ni saya seronok sebab orang tersayang ada balik.. so bolehlah gedik2 kambing, manja2, gatal2 ngada2 dan yang seangkatan dengannya..

Contohnya macam ni....

Seronoknya ... sesekali dapat menggedik2kan diri bersama suami yang tersayang.... ho..ho.... Adios>..

Thursday 2 February 2012

Semoga Keghairahan Termakbul...

Impian dan Keghairahan aku untuk memilikinya
Rumah impian aku... bersama suami dan bakal anak2 kami
Perancangan Anak :- 8 orang.. he..he.. InsyaAllah.


Kereta Impian Hubby aku.


Kereta Impian  Aku...

Jadilah Wanita Yang Bahgia

Berikut adalah merupakan sebuah buku yang aku baca malam tadi. Apakah makna kebahagian dalam hidup aku?

Bagi aku kehidupan aku kini sangat bahagia bersama insan tersayang. Suami yang dicintai dan sangat bertanggungjawab dalam hal rumah tangga . Kadang kala aku yang rasa tak dapat menjadi isteri yang sempurna untuknya.

Segala Perbelanjaan telah di kira2kan untuk aku.
  1. Bil api & Air
  2. Ansuran bulanan kereta
  3. Bayaran bil telefon
  4. Belanja dapur dan duit minyak sehari-harian.
Jadi, adakah aku harus termasuk dalam golongan yang tidak mensyukuri nikmat??? Harapnya aku akan sentiasa mensyukuri nikmat. Namun apabila segala perbelanjaan disediakan aku mudah pula menjadi insan boros pada gaji bulanan ku sendiri. menbeli pakaian yang tak penting, dan produk2 yang tak perlu..


Jadi Selepas ini aku nak menyimpan , nak berjimat dan menghargai usaha dan pengorbanan suami aku..

  1. Nak Menyimpan simpanan dalam Tabung Haji sekurang-kurangnya ada 8 k untuk akhir tahun ini.
  2. Nak Jadi isteri yang pandai masak pelbagai kuih muih.. seperti kuih donut, muffin, kuih wadeh dan apa saja yang di suka.
Sayonaralah.... penat membebel...

    Wednesday 1 February 2012

    50 Ransangn Untuk Baby Anda

    50 rangsangan mudah menjadikan anak bijak

    Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

    1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
    2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
    3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakikan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

    4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
    5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
    6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
    7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.
    8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
    9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
    10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
    11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
    12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
    13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
    14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
    15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
    16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
    17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
    18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
    19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
    20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
    21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
    22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
    23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
    24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
    25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
    26. BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
    27. RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.
    28. CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
    29. BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.
    30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.
    31. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
    32. JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
    33. KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
    34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

    35. TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya
    36. TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
    37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
    38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
    39. MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
    40. MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
    41. BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
    42. MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
    43. AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
    44. HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

    45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
    46. PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

    47. CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
    48. MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
    49. MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
    50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

    Special thank to blog : http://www.mahsuri.com.my/blog/umum/50-rangsangan-mudah-menjadikan-anak-bijak

    Minggu depan dah 30 minggu....

    Semoga Muhammad Aqil  Tahfiz Bin Hasman selamat dilahirkan dalam keadaan normal. Tanpa Pembedahan, sihat, kuat untuk melawan penyakit, sempurna sifat dan akhlaknya...

    Bila dah besar boleh menjadi harapan keluarga. Berjaya seperti ayahnya dan lebih dari mama & papa.

    I Love u sayang ... sangat2 menyintaimu ~~~~~~~~~ from mama. 

    Barang-Barang Asas Menyambut Kalahiran Bayi..

    Berikut adalah perkara yang penting untuk di sediakan awal2... takut terkeluar awal...

    Untuk dibawa ke Hospital

    Keperluan Baby:-
    1. Tuala baby
    2. Napkin
    3. Pamper newborn
    4. Minyak telon @ Minyak Yuyi
    5. Baju lengan panjang 2 helai
    6. Sarung tangan dan kaki 2 pasang
    7. Kain bedung 1 @ 2 helai.
    8. Tisu Basah
    Keperluan Ibunyer:-
    1. Buku Pink Ibu Mengandung tu, plus Geranti Letter dari majikan( Siapkanlah 3 set ) .
    2. Sarung kaki/ minyak panas
    3. Kain Sarung/ Batik ( Nak alas2 tilam hospital ke)
    4. Pump Susu / Botol susu ( Takut2 susu Cik B tak keluar pula)
    5. Tuala Mandi
    6. Minuman 3-in 1/ Biskut2 / termos untuk isik air panas
    7. Satu set pakaian cantik untuk nak keluar hospital
    8. make-uplah sikit....
    Ok ... ini jelah kot yang aku teringat untuk masa ni.... ada apa2 lagi tak yang tertinggal............

    Tempat Meluahkan Perasaan Aka Diary aku...

    Assalamuaikum... Entah mengapa aku rasa nak memencilakan diri dan menjadi pendiam... kandungan hari ni dah hampir 8 bulan dan hanya tinggal 1 bulan lebih lagi...

    Sekarang dah tak da Facebook...

    tak activkan bloq hazwanihasman...

    Dan bahagia membuat perkara sebegini... dan aku nak meluahkan apa sahaja tentang aku kat blog ni ... sebabnya tak da siapa yang menegenali aku dan aku tak jadi malu untuk meluahkannya....hu..hu...
    hakmilik kekal Mama Hazwani