Clip Art Graphics

Followers

Papa & Mama

Daisypath Anniversary tickers

Baby Mama

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Saturday 17 September 2011

Tekanan ketika Hamil

Setiap kehamilan pasti memberi kegembiraan kepada pasangan suami isteri. Namun, bukan semuanya akan mengalami perasaan yang sama. Ada juga wanita hamil yang hidupnya dibelenggu dengan tekanan sebaik sahaja dirinya disahkan hamil. Sebelum ini kajian telah dilakukan di negara Barat, mereka percaya bahawa hormon yang dihasilkan oleh wanita hamil boleh melindungi mereka daripada tekanan.

Kini, mereka menyangkal dakwaan itu dan percaya bahawa perubahan hormon yang mendadak dalam diri wanita hamil boleh menyebabkan perubahan pada cecair kimia di dalam otak yang langsung membuatkan wanita hamil akan menghadapi tekanan.

Perubahan hormon ini juga boleh menyebabkan wanita hamil mudah berasa bimbang berbanding sebelum hamil. Kebimbangan yang dialami ini perlu segera diberi perhatian dan dirawat agar tidak melarat di kemudian hari.

Perasaan bimbang dan tekanan perasaan yang biasa dialami oleh wanita hamil ini jarang dapat didiagnosis oleh doktor. Hal ini kerana kebimbangan mahupun tekanan perasaan wanita hamil tidak berlaku dalam tempoh yang panjang. Malah perubahan mood itu dapat diatasi sendiri oleh wanita hamil. Sebab itulah wanita hamil digalakkan untuk berkongsi perasaan dengan doktor setiap kali mengalami perasaan tertekan sepanjang kehamilannya. Memelihara kesihatan emosi wanita hamil sebenarnya sama pentingnya dengan menjaga kesihatan fizikal. Emosi yang tidak stabil sebenarnya dapat mempengaruhi kesihatan fizikal dan juga boleh menjejaskan kandungan.

Kajian yang telah dijalankan di Barat membuktikan tekanan perasaan dan kebimbangan yang dialami oleh wanita hamil sepanjang kehamilannya boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang. Segera rawat diri sekiranya berada dalam keadaan sebegini demi kepentingan diri dan juga bayi yang sedang dikandungkan.

Punca tekanan perasaan

1. Sejarah keluarga

Jika sebelum ini, wanita hamil pernah mengalami tekanan perasaan, berkemungkinan besar mereka akan mengalaminya ketika mereka hamil. Walaupun ibu hamil belum pernah mengalami keadaan tekanan perasaan, sejarah keluarga boleh menyebabkan dirinya menjadi tertekan apabila berhadapan dengan saat-saat tegang pada sesetengah keadaan.

2. Konflik suami-isteri

Hubungan suami isteri yang tidak bahagia boleh menyebabkan ibu hamil dilanda tekanan perasaan. Masalah kewangan juga boleh menjadi punca perbalahan antara suami isteri. Justeru, dapatkan bantuan dari pakar-pakar kaunseling bertauliah.

Jangan sesekali membuat tanggapan bahawa kehadiran bayi anda menjadi punca keretakan dalam rumahtangga. Kehadiran cahaya mata sepatutnya menajdi penyebab ke arah keakraban dan mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri. Sekiranya anda menjadi mangsa penderaan, segera dapatkan bantuan profesional.

3. Rawatan kesuburan

Masalah ini akan dihadapi oleh wanita yang sukar hamil. Sepanjang menjalani rawatan kesuburan, pasti mereka akan melalui saat-saat tekanan perasaan yang begitu hebat. Tambahan pula, mereka perlu melalui ujian kesuburan yang pelbagai. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu emosi wanita tersebut.

Setelah mereka hamil, kebimbangan itu masih belum dapat dibuang sepenuhnya. Mereka takut kehilangan bayi yang telah sekian lama dinantikan. Kebimbangan itu lama-kelamaan jika tidak dikawal dengan rapi akan menyebabkan tekanan perasaan.

4. Pernah mengalami keguguran

Sekiranya anda pernah mengalami keguguran sebelum ini, tidak mustahil perasaan bimbang akan dihadapi pada kehamilan kali ini. Lebih membimbangkan bagi wanita yang pernah mengalami keguguran berkali-kali. Pasti emosi mereka jadi semakin tidak stabil setiap kali mereka disahkan hamil.

5. Masalah kehamilan

Komplikasi atau kehamilan yang berisiko tinggi juga boleh mempengaruhi emosi ibu-ibu hamil. Apatah lagi, mereka perlu melalui saat-saat di taan di wad dan perlu duduk di atas katil (bedrest) atau terpaksa melalui pelbagai ujian genetik dan lain-lain. Wanita yang hamil bayi kembar lebih merasai kebimbangan sebegini.

Komplikasi sebegini membuatkan wanita hamil itu tidak dapat melakukan banyak aktiviti yang mereka inginkan. Bagi wanita yang sememangnya aktif sebelum ini, pasti merasai tekanan akibat keadaan dirinya sekarang ini. Sebaik-baiknya anda berbincang dengan doktor agar anda dapat menangani masalah ini selepas kelahiran.

6. Tekanan hidup

Masalah kewangan? Berpindah rumah? Bertukar tempat kerja? Merancang untuk berhenti kerja selepas bekerja untuk beberapa tahun? Kematian teman baik? Situasi-situasi begini secara tidak langsung menyumbang tekanan emosi yang besar dalam diri wanita hamil.

7. Mangsa dera

Wanita yang pernah menjadi mangsa dera akan terganggu emosinya, fizikal malah mereka manjadi kurnag berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan, murung dan menyendiri. Keadaan sebegini jika tidak ditangani dengan betul akan menyebabkan tekanan perasaan yang hebat. Apabila mereka dalam keadaan hamil, tekanan emosi mereka akan menjadi lebih teruk lagi.

8. Risiko-risiko lain

Emosi ibu hamil turut terjejas apabila dirinya telah kehilangan suami atau menghadapi masalah suami curang, suami tidak bertanggungjawab ataupun mengandungkan anak tanpa bapa (luar nikah). Situasi ini jika tidak ditangani tanpa perancangan yang baik dan tidak mendapat sokongan keluarga akan menyebabkan ibu hamil bertambah tertekan hidupnya.

Kenan dari ibu dan ayah

Perihal fenomena ‘kenan’ kepada anak yang dilahirkan yang biasa diperkatakan dalam masyarakat Asia. Walaupun kajian sains moden menyangkal dakwaan ‘kenan’ boleh berlaku, namum daripada soal selidik yang dilakukannya mendapati fenomena ini boleh berlaku (dan telahpun terjadi) pada sesuatu kelakuan tertentu.

Fenomena ‘kenan’ boleh ditafsirkan sebagai kejadian yang berlaku kepada anak dilahirkan yang mengalami perubahan dari segi fizikal berbanding insan biasa. Contohnya, ada pantang larang orang tua-tua yang melarang si ibu mengandung daripada memukul seekor ular. Alasannya, dikhuatiri ‘terkenan’ dengan sifat binatang itu, bimbang bayi yang akan dilahirkan itu nanti bergerak-gerak seolah-olah seekor ular. Sama ada fenomena ini memang benar terjadi atau terjadi secara kebetulan, ia tidak dapat disahkan dengan kajian genetik moden.

Dalam satu kajian sains metafizik yang dilakukan, fenomena ‘kenan’ dari segi kelakuan memang boleh berlaku. Perilaku ibu/ayah sewaktu ibu itu mengandungkan anaknya boleh di‘pindah’kan kepada anak yang di dalam kandungan.

Situasi tertekan membawa kesan

Sebagai contoh, seorang ibu telah mengadu tentang sifat anak sulungnya yang suka mengurung diri dalam bilik dan selalu memberontak apabila bercakap dengan ibunya. Apabila kajian metafizik dilakukan ke atas tarikh lahir anak itu, hasilnya menunjukkan sebentuk fenomena ‘tekanan’. Setelah diselidiki, didapati si ibu pernah menghadapi situasi tertekan di tempat kerja dan belum bersedia untuk hamil semasa mengandungkan anak sulungnya. Si ibu amat benci akan kehamilannya dan pernah terfikir banyak kali untuk menggugurkan bayi yang dikandung itu. Oleh kerana terdapat tekanan di tempat kerja, si ibu cepat marah dan ditambah lagi dengan kesulitan fizikal dalam keadaan kehamilan, dia cepat berdendam dan mempunyai sifat membenci yang sangat tinggi.

Keadaan yang dihadapi oleh si ibu cukup menjelaskan kepada anak sulungnya itu menjadi agresif sedemikian. Kita dapat lihat, apa yang terjadi kepada si ibu iaitu tekanan, kebencian dan kemarahan telah ‘dipindahkan’ atau ‘terkenan” kepada si anak. Dari perspektif genetik biologi, anak itu menerima sebahagian dari genetik ibunya dan genetik seolah-olah ‘merakam’ apa yang berlaku pada si ibu dan kemudiannya ‘dimainkan’ semula dalam perlakuan si anak itu.

Suasana positif

Dikatakan bahawa bayi dalam kandungan mampu merasa emosi ibu, sama ada sedih, gembira, tertekan dan seumpamanya. Adalah menjadi satu keperluan yang sangat UTAMA untuk semua wanita yang hamil agar berada dalam situasi sihat, ceria dan cergas. Seorang wanita yang mendapati dirinya hamil wajar belajar untuk mengawal diri, perasaan dan emosi supaya sentiasa dalam keadaan yang baik dan positif.

Wanita yang hamil tidak sepatutnya berada atau berterusan dalam keadaan tertekan dan negatif sepanjang kehamilannya kerana dikhuatiri boleh menjejaskan pertumbuhan fizikal dan mental bayi dalam kandungannya.

Wanita hamil juga disarankan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Suami, sebagai seorang ayah perlu memberi sokongan dalam pembentukan suasana yang positif untuk isteri yang hamil. Suami juga perlu memainkan peranan yang positif (walaupun suami tidak mengandung) kerana ‘energi’ atau ‘getaran’ emosi dan kelakuan dikatakan boleh memberi kesan kepada anak yang dikandung oleh si isteri.

Terdapat satu kes unik di mana seorang ayah yang selalu mendera secara fizikal ke atas ibu yang sedang hamil akhirnya mereka mendapat seorang anak yang selalu mendera ibu dan ayahnya semula! Ini sangat berkait rapat dengan ‘rakaman’ yang telah diperolehi oleh anak semasa dalam kandungan dan perkara ini tidak mustahil, bak kata pepatah, “What goes round, comes around.”

Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment

hakmilik kekal Mama Hazwani