Clip Art Graphics

Followers

Papa & Mama

Daisypath Anniversary tickers

Baby Mama

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday 15 September 2011

Kembung Perut, Loya dan Pedih hulu hati semasa kehamilan.

Masalah ini dipercayai ada kaitan dengan perubahan hormon. Lazimnyaberlaku antara minggu ke-6 hingga ke-14 iaitu pada awal kehamilan.Masalah ini turut berlaku di trimester ketiga kehamilan.
Mengikut ilmu perbidanan Melayu, masalah ini berpunca daripada deriarangsang yang tidak seimbang dan mengakibatkan keluaran berlebihan asiddalam perut, yang menyebabkan pedih hulu hati. Oleh yang demikian, ibuhamil hilang selera makan, menyebabkan angin berkumpul danmengakibatkan kembung. Difahamkan juga, akibat kelemahan deriarangsang, ibu hamil akan mudah berasa loya dan seterusnya muntah-muntah.
Amalkan petua berikut untuk mengurangkan masalah ini...
  • Elakkan makanan jenis berminyak atau bertumis, pedas, berempah atau hanyir.
  • Elakkanmakanan yang menyebabkan angin antaranya seperti bawang, kobis,keledek, ubi kentang, pisang, pucuk ubi, nangka, kacang dan minumanbergas
  • Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut kering atau mungkin buah seperti kurma.
  • Makan secara perlahan-lahan.
  • Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.
  • Elakkan makanan-makanan yang pedas.
  • Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.
  • Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.
  • Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi dalam kandungan.
  • Jangan baring, tunggu sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
    Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.
  • Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia meningkatkan tekanan pada perut anda.
  • Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dengan air dan letakkan gula secukup rasa jika suka.
  • Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing gum yang bersifat alkali akan meneutralkan keasidan dalam perut.
  • Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai, bengkokkan lutut.
  • Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.
  • Makanlahnasi yang lembut dengan kuah yang direbus seperti singgang kicapberserai atau salad bersos daun pudina. Jenis makanan seumpama iniberupaya membantu mengurangkan rasa loya, disamping menjauhi penyakitgastrik
Jika ibu mengalami masalah muntah-muntah dan kembung yang serius, dapatkan pemeriksaan kesihatan.

No comments:

Post a Comment

hakmilik kekal Mama Hazwani