Clip Art Graphics

Followers

Papa & Mama

Daisypath Anniversary tickers

Baby Mama

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday 15 September 2011

Kehamilan-Alahan itu Baik

OTTAWA: Bakal ibu tidak sepatutnya bosan dengan alahan yang dialami pada awal kehamilan kerana kajian mendapati ia mungkin petunjuk mereka memiliki bayi dengan IQ tinggi.
Penyelidik mendapati wanita yang melaporkan berasa sakit pada beberapa minggu pertama selepas disahkan hamil mendapat anak lebih bijak dan petah.
Kira-kira empat dalam lima bakal ibu mengalami alahan. Ketika keadaan itu tidak difahami sepenuhnya, saintis percaya ia dicetuskan oleh kebanjiran hormon yang dilepaskan untuk melindungi uri dan janin.
Kajian terdahulu menunjukkan loya adalah petanda kehamilan sihat dan dikaitkan dengan kurang risiko masalah jantung pada bayi dan risiko rendah keguguran.
Penyelidik di Hospital bagi Kanak-Kanak Sakit di Toronto kini percaya ia juga boleh dikaitkan dengan perkembangan otak bayi.
Mereka menjalankan kajian pertama untuk melihat kesan jangka panjang loya pada otak bayi dan menghubungi 121 wanita yang menghubungi hotline bagi ibu baru hamil antara tahun 1998 dan 2003.
Tiga puluh wanita tidak mempunyai masalah alahan, manakala selebihnya melaporkan gejala seperti keletihan, muntah dan loya.
Pasukan itu melakukan ujian IQ dan tingkah laku kepada ibu kanak-kanak berkenaan apabila mereka berusia tiga dan tujuh tahun.
Kanak-kanak yang ibu mereka mengalami alahan berkemungkinan memperoleh markah IQ lebih tinggi berbanding mereka yang ibunya tidak menunjukkan sebarang gejala, kata penyelidik dalam Journal of Pediatrics.
Mereka juga mendapat keputusan lebih baik dalam ujian kepetahan berucap dan matematik mudah walaupun apabila faktor lain seperti IQ ibu, sejarah merokok dan alkohol serta latar belakang sosial diambil kira.
Satu kekurangan dalam kajian ialah dalam banyak kes ibu diminta mengingati kembali betapa teruk mereka sakit beberapa tahun sebelumnya. Ia juga perlu diulang dalam kumpulan wanita lebih besar.
Dr Gideon Koren, yang mengetuai kajian, mengaku rumusan berbunyi ‘agak luar biasa’ tetapi berkata perubahan hormon yang membawa kepada alahan mungkin sesuatu yang baik. ?Agensi

No comments:

Post a Comment

hakmilik kekal Mama Hazwani