Clip Art Graphics

Followers

Papa & Mama

Daisypath Anniversary tickers

Baby Mama

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday 15 September 2011

Beratnya Tanggungjawab seorang Suami

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh. Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Beratkan?
Hukum memang sudah menjelaskan anak lelaki kena tanggungjawab ke atas ibunya.. Jika lelaki tidak berbuat sedemikian kerana di suruh oleh isteri, maka buatlah sesuatu terhadap iseri yang sebegitu sombong. Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka berdosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.
Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya. Kalau isteri buat benda tak baik, macam tak menutup aurat dengan sempurna, dosanya di tanggung oleh suami. Beratkan?
Suami kena beri nafkah pada isteri, ini adalah wajib tapi isteri tidak. Walaubagaimanapun, isteri boleh bantu untuk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.
Banyak lagi fakta mengenai lelaki yang wanita perlu tahu. Malangnya, ramai isteri yang menganggap suami adalah hamba abdi yang membanting tulang HANYA untuk dirinya sendiri.
Jika isteri tidak bekerja tidak mengapa. Sebaliknya jika isteri bekerja…ada yang TAK NAK mengambil tahu dan berbahagi susah. Suami walau macam manapun, tetap akan menanggung kesemuanya. Tidak di nafikan. Kalau nak di bayangkan beratnya beban dan dosa yang perlu di tanggung oleh suami kepada keluarganya, sama seperti gunung dan semut. Beratkan?
Sebab tu mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang dari lelaki. Cuba lihat nisbah janda dan duda yang kematian pasangan masing-masing. Kerana suami sanggup menggadaikan nyawanya demi wanita/isteri yang di sayanginya.
Wanita
- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rumah.
- Saksinya kurang berbanding lelaki.
- Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
- Wajib taat kepada suami tapi suami tak perlu taat kepadanya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tangan suami.
- Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tiada pada laki.
PERNAHKAH KITA TENGOK SEBALIKNYA?
- Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada bapanya.
- Bukankan ibu adalah seorang wanita?
- Wanita menerima harta pusaka kurang dari lelaki. Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki perlu menggunakan harta pusaka itu untuk menyara anak-anak dan isteri.
- Wanita perlu bersusah-payah untuk mengandung dan melahirkan anak, tapi setiap saat dia mengandung itu di doakan oleh segala haiwan, malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya di ampunkan oleh ALLAH SWT.
Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat sahaja:
- Sembahyang lima waktu.
- Puasa di bulan Ramadhan.
- Mentaati suami.
- Menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, walaupun untuk berjumpa dengan ibu bapanya dan pergi ke surau atau masjid untuk berjemaah. Malangnya, ramai wanita yang komplen dan tidak suka bila suaminya selalu pergi ke masjid. Berdosa besar bagi isteri-isteri yang sebegini!
Tapi wanita jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kepada ALLAH SWT akan turut menerima pahala seperti pahala orang berperang jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita…..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki. Tanpa wanita, lelaki tidak akan wujud di muka bumi ni. Tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa.
Tapi ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia. Oleh kerana itu, wanita haruslah mencari seorang lelaki yang boleh menjaganya… serta hatinya, walaupun lelaki itu bukanlah mereka yang kaya raya.
p/s: kahwin merupakan satu fasa tanggungjawab dan sunnah dalam kehidupan, bukan keseronokan semata-mata.

No comments:

Post a Comment

hakmilik kekal Mama Hazwani